Pages

Sunday, August 7, 2011

Terima kasih En Mazlan ...tribute to our beloved Trainer

  Tahniah diucapkan buat semua Pelatih PLK Klang kerana berjaya menduduki Peperiksaan Tahun 3 semester 1 dan telah lulus dengan jayanya, namun semua ini adalah berkat usaha dan penat lelah Jurulatih ataupun ayahanda kami yang kami amat kasihi En Mazlan .
  Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayahanda kami yang tekun dan sabar melayan kerenah kami sepanjang beliau membimbing kami di semester lepas, walaupun kami para pelatih mempunyai ragam masing-masing namun beliau tetap sabar dan tekun mebimbing kami supaya menjadi PPKP yang berjaya satu hari nanti. Berkat ketekunan dan kesabaran beliau Alhamdullilah kami para pelatih PLK KLANG telah berjaya meneruskan pengajian di semester ini. Walaupun berat hati ini untuk menerima perpindahan beliau ke PLK Gombak namun kami redha dengan keputusan tersebut.
  Akhir sekali kami ingin memohon maaf dan ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak, halalkan segala ilmu yang telah diajarkan Jutaan terima kasih buat Ayahanda kami En Mazlan.
   
 

No comments:

Post a Comment