Pages

Wednesday, March 30, 2011

Selamat Tinggal Villa 40

mula2 kami sampai di taman petaling indah kami terpegun dengan keindahan flora dan dan fauna he3..
di hadapan rumah berdiri teguh sebuah masjid. kami berasa amat bertuah. tempat yang paling penting untuk kita sebagai seorang muslim berjaya.

mula2 kami menjejaki kaki ke villa 40, semua diam membisu, terpegun agak nya dengan keadaan rumah he3..kami redah sikit demi sedikit, hati rasa kurang enak...kegembiraan bertukar menjadi hambar..

pada hujung minggu kami datang untuk mencuci rumah, segala kudrat digunakan untuk membasuh rumah tersebut... pergghhh.. usaha kami berjaya hasil drp kerjasama kami semua... rumah kelihatan bersih dan amat selesa untuk diduduki walaupun ada xsempurna tp kami tetap bersyukur apa yang orang bagi..

kehidupan kami 11 orang di villa 40 sungguh gembira, berbagai bagai aktiviti dijalankan seperti LAN dota, LAN CS dan lain2. setiap pagi, azan subuh yang merdu mendayu dayu membuat kami bangkit dari lena untuk menunaikan solat suboh dengan penuh kusyuk dan tawaduk. selepas ni tiada lagi azan suboh berkumandang untuk kami, mungkin yang ada hanya bunyi anjing2 menyalak...

secara jujurnya, kami semua berat hati untuk tinggalkan villa 40 ni kerana ia berhampiran dengan masjid, memudahkan untuk kami bangun dan pergi untuk menunaikan solat jemaah.. keadaan persekitaran yang tenang dihadapan rumah dimana berdiri dengan indah pokok tanjung di hadapan rumah kami...
hati kami sungguh berat untuk tinggalkan villa 40, apakan daya perjanjian sudah tamat tempoh.. kami terpaksa pindah, kami sudah menemui pondok baru untuk kami bertuduh iaitu di Klang Jaya, tp tetap tidak sama dgn keistimewaan villa 40. VILLA 40 tetap akan kami jadikan tempat yang paling indah yang pernah kami singgah...

selamat tinggal villa 40.....

Tuesday, March 29, 2011

Perjalanan kumpulan C di Unit KPAS/BAKAS

Ahli kumpulan C telah ditempatkan di Unit KPAS/BAKAS bermula pada 31 Januari hingga 13 Februari.Sepanjang berada di unit tersebut, banyak pengalaman telah kami timba termasuklah membuat pemeriksaan di Taska, Rumah kebajikan, Kedai barangan lusuh dan sebagainya.
Unit Kpas dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesihatan pekerjaan dan unit am..






Monday, March 28, 2011

program pelatih bersama unit ento


DARI KIRI :Lutfi ,Zamer ,Norhisham ,Anuar Pa'at ,Azizi ,Akramin,Afnan,En Mazlan ,Syazwan,Hafiz ,Fauzi


Gambar diatas diambil sebelum para pelatih bertolak ke banting bagi mengikuti program bersama unit ENTO JKNS ,ucapan tahniah diucapkan kepada para pelatih kerana berjaya menjalani program berkenaan, syabas diucapkan .

Persinggahan Kami di Unit Vektor – Kumpulan 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua saudara dan saudari yang sudi mengunjungi blog PLK Klang ini…
Pada 14 hingga 25 Februari 2011, kami dari kumpulan 3 yang dianggotai oleh Muhammad Akramin Bin Muhamad @ Ahmad, Zamer Bin Ahmad Slleh, Azizi Bin Ariffin dan Muhammad Hafiz Bin Sahudin telah ditempatkan bersama Unit Vektor selama 2 minggu. Ketika kami berada di unit tersebut, terdapat beberapa aktiviti yang telah kami ikuti dan jalani bagi mencari pengalaman yang secukupnya sebelum kami keluar bekerja nanti.

Antara aktiviti yang kamin telah ikuti adalah :
1. Penyiasatan kes denggi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
2. Review Kes Denggi.
3. Pemeriksaan Premis Aedes (PPA).
4. Semburan Berkabus/ Fogging.

Unit Vektor di PKD Klang
Sebelum kami terus kepada aktiviti yang telah dijalankan, elok rasanya jika kami memberikan sedikit gambaran mengenai latarbelakang Unit Vektor PKD Klang ini. Diketuai oleh PPKP U32, En. Peter Tong dan 5 orang PPKP U29 iaitu, En. Ismail Bin Shamsuddin, En. Nadzri, Cik Norziana, Pn. Muzalawati dan En. Faris. Dibawah mereka terdapat seramai 17 anggota yang terdiri daripada PKA dan PRA.


Di bawah Unit Vektor ini, mereka dibahagikan kepada beberapa buah unit kecil. Antaranya ialah :
i. Unit Siasatan Kes Denggi yang diselia oleh PPKP Cik Norziana dan Puan Muzalawati.
ii. Unit Kawalan dan Pencegahan yang diselia oleh En. Ismail Bin Shamsuddin.
iii. Unit Pendidikan Kesihatan yang diselia oleh En.Nadzri.
iv. Unit Malaria yang diselia oleh En. Faris.

AKTIVITI 1: PENYIASATAN KES DENGGI DI HTAR.
Penyiasatan kes adalah penting untuk mengetahui punca jangkitan sesuatu penyakit. Di Unit Vektor ini, kami telah menyiasat beberapa kes denggi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bersama-sama dengan dua orang PPKP U29 dari Unit Siasatan Kes Denggi PKD Klang iaitu, Cik Norziana dan Puan Muzalawati serta dibantu oleh dua orang PPKP U29 dari Majlis Perbandaran Klang.

Untuk aktiviti ini kami diberi peluang oleh PPKP Cik Norziana untuk menyiasat sendiri kes denggi di HTAR. Sebelum memulakan siasatan kes, kami diberikan sedikit taklimat oleh beliau mengenai prosedur siasatan yang akan dibuat nanti. Beliau menerangkan kepada kami mengenai perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas penyiasatan dilakukan. Semasa tiba di HTAR, kami bergegas ke bilik gerakan untuk bertemu dengan M.A di sana untuk mengambil borang notifikasi. Selesai mengambil borang, kami terus menuju ke wad yang tertera di borang untuk menyemak fail maklumat pesakit. Data – data yang berkaitan seperti tekanan darah, suhu badan, PCV, White Blood cell, diagnosa terkini dan plate count diambil dan diisi ke dalam borang. Selepas selesai mengambil data, kami terus pergi kepada pesakit untuk menemuramah beliau untuk mengambil maklumat tentang alamat semasa, tarikh onset dan juga jadual pergerakan pesakit. Ini sangat penting untuk mengetahui di mana pesakit itu berada dan juga punca jangkitan supaya langkah pencegahan dapat dijalankan dengan berkesan. Selesai menyiasat kami pulang dan bersedia untuk ‘review’
kes.

AKTIVITI 2 : REVIEW KES
Pada sebelah petang kami bermesyuarat di bilik gerakan vektor untuk review kes yang disiasat. Ini penting untuk mengesahkan kes demam denggi dan juga menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan. Seorang pegawai epid iaitu Dr Noriah Bt Samad merupakan tempat rujukan kami semasa review kes. Dr Noriah menentukan sama ada kes diterima atau ditolak. Jika kes diterima, aktiviti pencegahan dan kawalan akan dijalankan di kawasan tempat tinggal pesakit. Setiap hari kami menerima hampir 5 kes denggi di daerah Klang ini.

AKITIVITI 3 : PEMERIKSAAN PREMIS AEDES
Setelah sesuatu kawasan dikenalpasti bermasalah, kami ke bilik kawalan pada keesokan hari untuk Roll Call dan menentukan kumpulan untuk bergerak bagi menjalankan aktiviti Pemeriksaan Premis Aedes.

Selepas itu kami bergerak ke kawasan tersebut untuk membuat pemeriksaan. Kami telah dipecahkan kepada 2 kumpulan, yang mana Muhammad Akramin dan Muhammad Hafiz bersama-sama PKA Shahrul telah pergi ke Apartment Amazing Heights di Sungai Udang, manakala Azizi dan Zamer bersama-sama PKA Helmi telah pergi Apartment Vista Bayu Perdana di Jalan Batu Unjur. Kami bergerak dari satu rumah ke satu rumah dan membuat pemeriksaan serta memberi risalah tentang demam denggi berserta notis penyemburan kabus yang akan dilakukan pada sebelah petangnya.

Akitiviti ini sangat memenatkan dan juga mencabar kerana ia menguji kesabaran diri. Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. Antaranya seperti tidak mendapat kerjasama penduduk dan juga penduduk yang keluar bekerja di waktu pagi. Tetapi kami tetap berjaya melakukan tugas yang diberikan.


AKTIVITI 4 : SEMBURAN KABUS @ FOGGING
Selepas membuat PPA pada sebelah paginya, kami kembali ke pejabat Unit Vektor untuk membuat pembahagian kumpulan dan persediaan bagi membuat Semburan Berkabus atau Fogging di kawasan lokaliti kes denggi tadi. Antara persediaan yang telah dibuat adalah memeriksa alat perlindungan diri (PPE) seperti ear muff, goggle dan respirator bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan ketika di lapangan nanti.

Setelah selesai kerja di pejabat, kami menuju ke stor simpanan unit Vektor di Klinik Kesihatan Pandamaran untuk melihat proses bancuhan racun yang akan digunakan untuk semburan nanti. Bancuhan racun dibuat dengan kadar berbeza mengikut jenis-jenis racun dan cara semburan yang akan digunakan. Kami kemudiannya diajar cara-cara untuk menghidupkan mesin Fogging serta menunjukkan cara dan teknik semburan yang betul. Kami juga diajar cara-cara untuk menyelenggara mesin Fogging.

Selepas itu, lebih kurang dalam pukul 5.45, kami menuju ke lapangan masing - masing untuk membuat semburan kabus. Kami memulakan semburan dari pukul 6.30 petang sehingga pukul 7.30 malam. Selepas selesai semburan dan menyimpan mesin fogging, kami pulang ke rumah. Begitulah aktiviti kami sepanjang di Unit Vektor PKD Klang.

stor vektor di klinik kesihatan pandamaran



semburan kabus terma dilakukan oleh pelatih ppkp akramin

Tuesday, March 22, 2011

Projek Sistem Pengurusan Sisa Pepejal (SPSP)

Pada 1/2/2011 semua pelatih PLK Klang menyertai Projek Sistem Pelupusan Sisa Pepejal di Jalan Nenas bersama-sama anggota PKD Klang dan juga 3 orang pelatih PKA daripada Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit.

taklimat diberikan oleh PKA Roslan sebelum memulakan kerja

sungguh bersemangat azizi mengali lubang

da penat ke? kerja xsiap lagi tus.

jenis tanah di kawasan ini adalah tanah gambut, so proses untuk menggali lubang lebih dalam agak sukar kerana keadaan tanah lembab dan berair.

biar betul? cepat nya korang siap gali lubang.

Saturday, March 19, 2011

Aktiviti Biro Kerohanian dan Kebajikan

Biro Kerohanian dan Kebajikan diketuai oleh saudara Akramin mengadakan aktiviti solat berjemaah pada waktu magrib dan isya pada setiap hari.


saudara akramin mengaminkan doa selepas solat selesai solat berjemaah

bacaan yasin dan tahlil ringkas diadakan pada setiap malam jumaat diketuai oleh saudara akramin



walaupun penat seharian bekerja, amalan kerohanian tidak diabaikan oleh  pelatih-pelatih PLK Klang pada waktu malam malah menjadi perkara rutin kerana iman ada teras dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim yang berjaya. Wallahuaklam.

Friday, March 18, 2011

Pengalaman penyiasatan kes penyakit TB - Kumpulan 3


Pada 19 januari Penulis dan Pelatih PPKP Zamer dari kumpulan C, mengikuti ppkp dari unit CDC iaitu PN Julyniza dan PN Nani Hazela menyiasat beberapa kes pesakit tuberkulosis. Bagi penulis dan Zamer ini merupakan pengalaman pertama kami mengikuti siasatan kes penyakit tuberkulosis.
Penulis akan menceritakan pengalaman penulis dan Zamer ketika dalam aktiviti ini dalam bentuk tiga situasi iaitu sebelum ke lapangan ,semasa di lapangan dan selepas di lapangan, apa yang akan diceritakan ini merupakan pengalaman penulis dan Zamer ketika mengikuti prosedur siasatan terbabit.
Sebelum menjalankan siasatan terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu :
I. Membuat siasatan awal di telefon untuk verifikasi alamat sebelum ke rumah pesakit dan menetapkan temujanji.
II. Menyiapkan peralatan sebelum ke rumah pesakit.
a. Kad kuasa
b. Clipboard
c. Alat tulis
d. Cop
e. Borang TBIS10-A
f. Kertas A4

Perkara seperti berikut perlu diberi perhatian bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika menjalankan siasatan dan untuk melancarkan lagi proses siasatan .

Berikut adalah perkara yang telah kami lakukan semasa mengikuti Pn Julyniza dan Pn Nani Hazela menjalankan siasatan
I. Pergi ke rumah pesakit
II. Memperkenalkan diri serta menyatakan tujuan kedatangan
III. Tanya soalan dengan ringkas,dapatkan data siasatan asas seperti tarikh onset,tanda-tanda dan gejala dan tarikh masuk hospital
IV. Tanyakan pergerakan pesakit semasa tempoh pengeraman untuk mengesan punca jangkitan dan semasa mula sakit sehingga masuk wad
V. Ajukan soalan berdasarkan borang TBIS 10-A2 dan TBIS –A3
VI. Isikan borang kontek dan minta tandatangan pesakit serta arahkan kontek untuk datang membuat pemeriksaan di klinik
VII. Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit.

Ketika mengajukan soalan kepada pesakit ajukan soalan yang boleh memimpin pesakit untuk mengingat peristiwa dan tempat yang telah dituju pesakit , soalan sebegini boleh membantu mengesan dimana pesakit mendapat punca jangkitan .

Setelah kami selesai menjalankan siasatan kami telah diberi peluang untuk melakukan aktiviti berikut:.

I. Kemaskini data pesakit dalam borang TBIS 10-A2 dan TBIS 10-A3
II. Melakukan pembetulan sekiranya terdapat kesilapan ketika mengisi borang maklumat penyiasatan kes tibi
III. Mengemaskini data pesakit dalam buku daftar TIBI
Kesimpulannya aktiviti ini telah banyak membantu kami dalam memahami prosedur siasatan kes tibi dan pengalaman ini akan kami gunakan di masa hadapan kelak.


Disediakan oleh Pelatih PPKP Azizi Bin Ariffin (Ketua kumpulan 3)

Malaysia tetap bina loji nuklear

Meskipun Jepun menghadapi kemungkinan krisis nuklear, namun perkembangan itu tidak membantutkan niat Malaysia daripada meneruskan cita-cita nuklearnya dengan membina dua pusat loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada sidang media hari ini berkata kecuali kabinet memutuskan sebaliknya projek nuklear negara akan diteruskan.

biomalaysia 2008 071008 maximus ongkiliKatanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik.

Sumber - http://www.malaysiakini.com/news/159041

Selamat Pengantin Baru!


semua warga PLK Klang terutama En. Mazlan mengucapkan selamat pengatin baru kepada Mohd Fareez Bin Zakaria @ Ir. dan isteri semoga berkekalan hingga anak cucu..
maaf lambat wish..

Thursday, March 17, 2011

pengumuman penting

perhatian kepada semua ahli plk klang biro perhubungan sedang mengadakan pertandingan mencipta logo bagi plk klang
syarat-syarat pertandingan seperti berikut
1)pelatih plk klang
2)Dihantar dalam 1 kerta A4
3)Asli
4)tiada berlaku plagiarism
5)mestilah diwarnakan dan mempunyai maksud yang sesuai dengan visi dan misi plk

tarikh tutup penyertaan adalah pada 22/3/2011 pada jam 8 malam
sila hantarkan kepada biro perhubungan selewat-lewatnya jam 7.59 minit malam
sekian terima kasih

Friday, March 11, 2011

Aktiviti Kumpulan 2 bersama Unit KPAS

Setelah selesai kumpulan 2 di tempatkan di unit BAKAS, meraka di tempatkan pula di unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) selama seminggu. Semasa di berada didalam unit KPAS meraka di latih untuk membuat pemeriksaan tadika, sekolah, rumah jagaan orang tua, rumah jagaan org kurang upaya dan lain-lain. Mereka diberi peluang untuk membuat pemeriksaan di sebuah tadika di Kapar. Sebelum membuat pemeriksaan, meraka memasti peralatan lengkap sebelum pergi kelapangan. Antaranya raytek, clipboard, humandity, pita pengukur, kamera, alat tulis, lux meter dan borang. Semasa membuat pemeriksaan kita perlu mendapatkan maklumat atau data pentadbiran premis, menjalankan pemeriksaan pusat asuhan ditemani oleh pemilik premis dan engenalpasti kekurangan atau kelemahan. selepas membuat pemeriksaan memberi ulasan dan cadangan kepada pemilik premis tentang hasil pemeriksaan, memberi pendidikan kesihatan dan menyediakan laporan.


keadaan stor penyimpanan bahan makanan yg tidak teratur dan tidak kemas

keadaan kotak yang tidak tersusun menjadi tempat kegemaran tikus dan lipas

keadaan lantai yang tidak bersih, menunjukkan pengusaha tidak mengambil berat mengenai kebersihan stor penyimpanan makanan

keadaan peti yg sesak dan padat yg menjadikan suhu meningkat dan tidak sesuai dijadikan tempat penyimpanan makanan dingin. Suhu yang sesuai bagi penyimpanan makanan adalah 4°C hingga 0°C. manakala suhu yang sesuai bagi penyimpanan beku adalah 0°C hingga -18°C.

Pelatih PPKP, Mohd Zamri b. Mohd Yusof sedang memeriksa suhu peti ais dengan menggunakan Raytek



Kesimpulan daripada pemeriksaan kami, pemilik premis perlu membuat penambah baikkan seperti menyusun barang di stor penyimpanan makanan dalam keadaan teratur dan kemas serta melabelkan setiap makanan. pasti kan premis sudah membuat "pest control" untuk mengelakan daripada penyakit berjangkit berlaku. Pengusaha premis juga harus membersihakan longkang di belakang rumah kerana kelihatan amat kotor dan tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk kacauganggu. Tuan punya premis haruslah menjaga kebersihan bagi mengelakan penghuni terdedah kepada bahaya penyakit berjangkit yang semakin berleluasa.