Pages

Friday, March 18, 2011

Pengalaman penyiasatan kes penyakit TB - Kumpulan 3


Pada 19 januari Penulis dan Pelatih PPKP Zamer dari kumpulan C, mengikuti ppkp dari unit CDC iaitu PN Julyniza dan PN Nani Hazela menyiasat beberapa kes pesakit tuberkulosis. Bagi penulis dan Zamer ini merupakan pengalaman pertama kami mengikuti siasatan kes penyakit tuberkulosis.
Penulis akan menceritakan pengalaman penulis dan Zamer ketika dalam aktiviti ini dalam bentuk tiga situasi iaitu sebelum ke lapangan ,semasa di lapangan dan selepas di lapangan, apa yang akan diceritakan ini merupakan pengalaman penulis dan Zamer ketika mengikuti prosedur siasatan terbabit.
Sebelum menjalankan siasatan terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu :
I. Membuat siasatan awal di telefon untuk verifikasi alamat sebelum ke rumah pesakit dan menetapkan temujanji.
II. Menyiapkan peralatan sebelum ke rumah pesakit.
a. Kad kuasa
b. Clipboard
c. Alat tulis
d. Cop
e. Borang TBIS10-A
f. Kertas A4

Perkara seperti berikut perlu diberi perhatian bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika menjalankan siasatan dan untuk melancarkan lagi proses siasatan .

Berikut adalah perkara yang telah kami lakukan semasa mengikuti Pn Julyniza dan Pn Nani Hazela menjalankan siasatan
I. Pergi ke rumah pesakit
II. Memperkenalkan diri serta menyatakan tujuan kedatangan
III. Tanya soalan dengan ringkas,dapatkan data siasatan asas seperti tarikh onset,tanda-tanda dan gejala dan tarikh masuk hospital
IV. Tanyakan pergerakan pesakit semasa tempoh pengeraman untuk mengesan punca jangkitan dan semasa mula sakit sehingga masuk wad
V. Ajukan soalan berdasarkan borang TBIS 10-A2 dan TBIS –A3
VI. Isikan borang kontek dan minta tandatangan pesakit serta arahkan kontek untuk datang membuat pemeriksaan di klinik
VII. Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit.

Ketika mengajukan soalan kepada pesakit ajukan soalan yang boleh memimpin pesakit untuk mengingat peristiwa dan tempat yang telah dituju pesakit , soalan sebegini boleh membantu mengesan dimana pesakit mendapat punca jangkitan .

Setelah kami selesai menjalankan siasatan kami telah diberi peluang untuk melakukan aktiviti berikut:.

I. Kemaskini data pesakit dalam borang TBIS 10-A2 dan TBIS 10-A3
II. Melakukan pembetulan sekiranya terdapat kesilapan ketika mengisi borang maklumat penyiasatan kes tibi
III. Mengemaskini data pesakit dalam buku daftar TIBI
Kesimpulannya aktiviti ini telah banyak membantu kami dalam memahami prosedur siasatan kes tibi dan pengalaman ini akan kami gunakan di masa hadapan kelak.


Disediakan oleh Pelatih PPKP Azizi Bin Ariffin (Ketua kumpulan 3)

No comments:

Post a Comment