Pages

Friday, November 4, 2011

Lawatan Pengajar KSKB ke PLK Klang

Pada 20 dan 21 wakil dari pihak KSKB Sg Buloh telah mengadakan lawatan ke PLK Klang untuk membuat penilaian formatif. Wakil yang telah datang dari KSKB Sg. Buloh adalah Pn. Syikin Zakaria dan Pn. Intan Idura.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penilaian formatif, pemeriksaan diari harian, tugasan dan serta laporan pemeriksaan premis.


terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil KSKB Sg. Buloh kerana sudi datang ke PLK Klang.

Kajian Kebersihan di Sungai Congkak

Kajian Kebersihan di Sungai Congkak dijalankan pada 26 September 2011. Saudara Matthew telah dilantik menjadi ketua projek dalam menjalankan dan menrancang kajian ini. Kajian ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan kami terpaksa bermalam menyewa pondok di kawasan berkenaan. Kajian ini juga di sertai oleh para pelatih PLK Hulu Langat.

Kajian bermula pada 26/09/2011 di mana kajian kawasan rekreasi di jalankan di Sungai Gabai. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di kawasan rekreasi. Selain itu, ujian INSITU air di ambil di kawasan rekreasi berkenaan,aspek-aspek lain yang turut diperhatikan ketika menjalankan ujian ini adalah mengesan sekiranya terdapat punca-punca pencemaran serta hazad yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut.



Pada  27/9/2011 jam 10.00pg iaitu pada hari kedua kami dibahagikan kepada tiga kumpulan ,kami menjalankan pemerhatian awal di sungai congkak ,tujuan kami menjalankan aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti kawasan persampelan dan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Kawasan yang terlibat bermula dari pintu gerbang Jabatan Hutan SG Congkak hingga ke pertembungan Sungai Langat. Semasa aktiviti dijalankan banyak punca-punca pencemaran yang dijumpai seperti kolam ikan keli ,kawasan pembinaan dan sebagainya. Selepas  selesai  melakukan tinjauan awal kami bersama-sama dengan mengadakan sedikit 'brainstorming' dan pebincangan tentang kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya penemaran.

   Pada 28/9/2011 Seperti hari sebelumnya kami telah mengikut kumpulan  yang telah ditetapkan bagi menjalankan menjalankan aktiviti persampelan air mentah. Sampel air mentah ini diambil bagi ujian  mikrob dan kimia, antara peralatan yang digunakan termasuklah:
-turbidi meter
-TDS meter
-DO meter 
-sension meter
-pH meter 
-whirl pack 
-botol A,B, E1,E2 dan C
-Lovibond comparator 
-Cool Box (Coleman)
 Aktiviti ini selesai  pada jam 3 petang dan kami terus bergerak ke Plk Klang 

Wednesday, October 26, 2011

Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah

Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.

NONEPenemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.

Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

“Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.

NONEAir yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:

* SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang

* SMK Alor Pasir, Tanah Merah

* SK Lata Rek, Kuala Krai

* SK Juara, Rompin

* SK Luat, Lenggong

Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

Sumber - malaysiakini/bm

Sunday, August 21, 2011

Jururawat dan bayi dalam kandungan maut

Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam.

Insp Mohd Nor Idham Ali Mat Nor, 27 dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah ibu suaminya di Taman Sri Kluang, Johor pada pukul 3.30 petang.

Hasrat Noor Edlina yang merupakan seorang jururawat di Hospital Kota Bharu untuk berbuka puasa dan bercuti bersama keluarga mentuanya itu bagaimanapun musnah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Nor Idham terbabas ketika tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut terbabas ke bahagian kiri jalan akibat hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik.

Katanya kereta itu kemudiannya masuk kembali ke jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti akibat terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata kesan hentaman yang kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu masih dalam siasatan manakala mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Pekan awal pagi tadi," kata Yahaya kepada pemberita di Pekan.

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata beliau tidak mengetahui tentang kepulangan anak dan menantunya itu kerana mereka mahu membuat kejutan kepadanya memandangkan panggilan telefon daripada Mohd Nor Idham beberapa hari lepas memaklumkan bahawa hanya beliau sahaja dapat bercuti bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

"Saya meminta agar dia pulang bersama-sama isterinya pada hari mereka cuti bekerja dan tidak kisah jika mereka sampai ke kampung walaupun selepas hari raya pertama bagi mengelak mereka terburu-buru," katanya.

"Anak saya juga masih trauma atas pemergian isteri yang baru dinikahinya Febuari lalu dan bakal cahaya mata pertama yang masih berada dalam kandungan di depan matanya sendiri," katanya.

- Bernama

sumber - malaysiakini/bm