Pages

Friday, March 18, 2011

Malaysia tetap bina loji nuklear

Meskipun Jepun menghadapi kemungkinan krisis nuklear, namun perkembangan itu tidak membantutkan niat Malaysia daripada meneruskan cita-cita nuklearnya dengan membina dua pusat loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada sidang media hari ini berkata kecuali kabinet memutuskan sebaliknya projek nuklear negara akan diteruskan.

biomalaysia 2008 071008 maximus ongkiliKatanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.

“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.

Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.

Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik.

Sumber - http://www.malaysiakini.com/news/159041

No comments:

Post a Comment