Pada 20 dan 21 wakil dari pihak KSKB Sg Buloh telah mengadakan lawatan ke PLK Klang untuk membuat penilaian formatif. Wakil yang telah datang dari KSKB Sg. Buloh adalah Pn. Syikin Zakaria dan Pn. Intan Idura.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penilaian formatif, pemeriksaan diari harian, tugasan dan serta laporan pemeriksaan premis.
terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil KSKB Sg. Buloh kerana sudi datang ke PLK Klang.
Visi PLK Klang - "Ke Arah Sebuah Pusat Latihan Klinikal Yang Unggul" Misi PLK Klang - "Disiplin, Berilmu, Bersahsiah dan Berjati Diri serta mempunyai kekuatan dari segi fizikal, mental dan spiritual"
Friday, November 4, 2011
Kajian Kebersihan di Sungai Congkak
Kajian Kebersihan di Sungai Congkak dijalankan pada 26 September 2011. Saudara Matthew telah dilantik menjadi ketua projek dalam menjalankan dan menrancang kajian ini. Kajian ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan kami terpaksa bermalam menyewa pondok di kawasan berkenaan. Kajian ini juga di sertai oleh para pelatih PLK Hulu Langat.
Kajian bermula pada 26/09/2011 di mana kajian kawasan rekreasi di jalankan di Sungai Gabai. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di kawasan rekreasi. Selain itu, ujian INSITU air di ambil di kawasan rekreasi berkenaan,aspek-aspek lain yang turut diperhatikan ketika menjalankan ujian ini adalah mengesan sekiranya terdapat punca-punca pencemaran serta hazad yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut.
Kajian bermula pada 26/09/2011 di mana kajian kawasan rekreasi di jalankan di Sungai Gabai. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di kawasan rekreasi. Selain itu, ujian INSITU air di ambil di kawasan rekreasi berkenaan,aspek-aspek lain yang turut diperhatikan ketika menjalankan ujian ini adalah mengesan sekiranya terdapat punca-punca pencemaran serta hazad yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut.
Pada 27/9/2011 jam 10.00pg iaitu pada hari kedua kami dibahagikan kepada tiga kumpulan ,kami menjalankan pemerhatian awal di sungai congkak ,tujuan kami menjalankan aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti kawasan persampelan dan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Kawasan yang terlibat bermula dari pintu gerbang Jabatan Hutan SG Congkak hingga ke pertembungan Sungai Langat. Semasa aktiviti dijalankan banyak punca-punca pencemaran yang dijumpai seperti kolam ikan keli ,kawasan pembinaan dan sebagainya. Selepas selesai melakukan tinjauan awal kami bersama-sama dengan mengadakan sedikit 'brainstorming' dan pebincangan tentang kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya penemaran.
Pada 28/9/2011 Seperti hari sebelumnya kami telah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan bagi menjalankan menjalankan aktiviti persampelan air mentah. Sampel air mentah ini diambil bagi ujian mikrob dan kimia, antara peralatan yang digunakan termasuklah:
-turbidi meter
-TDS meter
-DO meter
-sension meter
-pH meter
-whirl pack
-botol A,B, E1,E2 dan C
-Lovibond comparator
-Cool Box (Coleman)
Aktiviti ini selesai pada jam 3 petang dan kami terus bergerak ke Plk Klang
Subscribe to:
Posts (Atom)