Kumpulan 2 pula diterajui oleh Mohd Khairul Anuar Pa'at (Ketua), Mohamad Fauzi Ahmad dan Mohd Zamri Mohd Yusof telah di tempatkan di unit BAKAS dan KPAS selama 2 minggu. Pada minggu pertama, mereka telah mengikut unit bakas bersama dengan PPKP Norharnani Ibrahim untuk mengambil sampel air kolam. Ini merupakan "pilot" projek kerana hanya beberapa daerah yang terpilih termasuk daerah Klang untuk membuat pemautauan kualiti air kolam. Kami merasa amat bertuah kerana mendapat kelebihan untuk belajar memantau kualiti air kolam.
Pemantauan air kolam renang adalah penting untuk mencegah kejadian infeksi yang disebabkan oleh kontaminan mikrobiologi. Selain itu, penggunaan disinfektan yang efisien dan efektif terhadap air kolam juga perlu dititikberatkan. - Pengusaha (operator) kolam juga mestilah memastikan nilai estetika air kolam berada di tahap yang boleh di terima (acepptable), dan juga tidak mengandungi lebihan (chemical constituents) bahan kimia atau parameter fizikal yang boleh memberi kesan kesihatan dan ketidakselesaan kepada pengguna kolam. Pemeriksaan air kolam renang secara rutin atau berjadual merupakan keperluan dalam memastikan keberkesanan rawatan air kolam yang dijalankan. Sekaligus dapat menunjukkan penggunaan disinfektan adalah mencukupi dan seimbang. Justeru itu, Garispanduan projek perintis ini menyediakan piawai dan ringkasan tatacara pemantauan air kolam renang untuk parameter mikrobiologi, kimia dan fizikal bagi kolam renang sebagai panduan bagi salah satu aspek penyelenggaraan kolam.
OBJEKTIF PROJEK PERINTIS
OBJEKTIF PROJEK PERINTIS
Untuk mengetahui tahap kemampuan kakitangan-kakitangan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam melaksanakan aktiviti pemantauan kualiti air kolam renang di Malaysia.
Khususnya
- Untuk mengetahui kemampuan dari segi keupayaan tenaga sumber manusia, masa serta termasuklah kemampuan mengaplikasi teknik persampelan dan penggunaan alat serta reagen yang berkaitan.
- Untuk mengesan kemungkinan masalah atau cabaran dalam aktiviti pemantauan kualiti air kolam renang untuk perlaksanaan pada masa akan datang.
SKOP KAJIAN
Kolam renang awam di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Perbandaran Daerah
(Memilih sekurang-kurangnya 2 buah kolam renang).
Kolam renang awam di bawah seliaan pihak persendirian atau syarikat seperti hotel, resort dll. (sekurang-kurangnya pilih sebuah hotel lima bintang dengan anggapan sebagai contoh terbaik dan beberapa hotel empat, tiga atau tiada penarafan bintang yang lain).
STRATEGI PERSAMPELAN
Lokasi / Stesen
Jumlah lokasi atau stesen persampelan adalah mengikut negeri yang telah dipilih
Setiap negeri perlu mencadangkan lokasi persampelan dan kemukakan kepada Unit Saintifik / Pencemaran Air di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan. Persampelan dijadualkan bermula pada bulan OKTOBER 2010 dan tamat pada APRIL 2011.
Frekuensi
Pengambilan sampel air adalah dicadangkan sebulan 2 kali bagi semua parameter.
Masa Persampelan
Masa persampelan paling sesuai ketika kolam renang mendapat kunjungan orang ramai atau ketika waktu operasi.
KAEDAH PENSAMPELAN
- Sampel air hendaklah diambil pada kedalaman 300 mm (30 cm) dari permukaan air dan 500 mm (50 cm) dari tepi kolam di setiap point yang dipilih.
- Pengambilan sampel air bagi parameter mikrobiologikal.
- Manakala, bagi ujian parameter fizikal dan kimia adalah mengikut manual kit yang digunakan dan perlu dianalisa di lapangan (in-situ).
- Selain itu, keadaan cuaca ketika persampelan dibuat juga hendaklah dicatatkan (samada cuaca cerah, hujan ataupun selepas hujan).
- Gambar persekitaran lokasi persampelan adalah digalakkan untuk disertakan bersama laporan.
- Bersihkan baldi logam daripada sebarang kekotoran
- Tuangkan/sembur sedikit alkohol 70% ke dalam baldi, nyalakan dan biarkan terbakar dindingnya (sebelah dalam) untuk membasmi kuman.
- Tuangkan/sembur alkohol ke dalam dulang, dan letakkan baldi di dalamnya. Bakar dindingnya untuk membasmi kuman di permukaan luar.
- Turunkan baldi ke dalam kolam dan pastikan talinya tidak masuk ke dalam baldi. Tenggelamkan baldi sedalam 30 cm dari permukaan air kolam dan 50 cm dari tepi kolam. Apabila air telah memenuhi baldi, naikkan ke atas dengan berhati-hati.
- Buka dengan berhati-hati penutup botol/vessel ujian mikrobiologi. Isikan air ke dalam botol ujian sehingga 100 mL dari baldi. Tutup botol. Amalkan teknik aseptik.
- Labelkan botol dengan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti masa diambil, tarikh dan sebagainya. Isikan juga maklumat di dalam Borang KR/A.
- Bagi parameter kimia.
- Isikan air ke dalam bikar bagi ujian kimia. Jalankan ujian bagi parameter tersebut secara in-situ. Lengkapkan Borang KR /A .
- Pengambilan Sampel dan pengangkutan
- Sampel yang diambil mesti dimasukkan ke dalam coolbox yang mengandungi pek ais 4-10oC.
- Pastikan suhu pengangkutan sampel air bakteria pada suhu sejuk 4-100C .Gunakan pek ais yang telah disejukbekukan terlebih dahulu.
- Sediakan satu botol rujukan suhu dan jangkasuhu di dalam cool-box.
- Di makmal, sampel perlu dibiarkan pada suhu bilik sebelum ujian kehadiran E. coli dijalankan.
- Ujian E. coli perlu dijalankan secepat mungkin dengan mengikut kaedah dari manual yang disediakan oleh kit Ready cult, Merck.
PERALATAN DAN BAHAN UJIAN
1. Kit/reagen Ujian (untuk air kolam renang)
2. Botol sampel bakteria, 100mL (sterile, transparent, with thiosulfat vessel
bersama penutup).
3. Incubator ( 37 OC)
4. Lampu Ultra violet,6-watt,365nm
5. Borang (Borang KR / A dan Borang KR / B)
6. Cool box yang bersih beserta dengan ice pack yang telah disejukbekukan
7. Botol rujukan suhu
8. Peralatan bagi menjalankan ujian-ujian fizikal (TDS meter, ORP & Kekeruhan)
9. Baldi / Bikar ( 200 mL, 500 mL atau 1 L) untuk mengambil sampel air.
Agensi-Agensi yang terlibat
1. Seksyen Kawalan Alam Sekitar, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM.
2. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
bahan-bahan yang digunakan dalam ujian air kolam.
peralatan yang digunakan dalam ujian air kolam
Semasa mengambil sampel air, PPKP Norharnani biasanya ditemani oleh 2 orang PKA iaitu, En. Ali dan En Roslan. Meraka mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit bagi satu lokasi. Satu kolam, 3 checkpoint dan 1 sampel dari air mandian.
Semasa mengambil sampel air, PPKP Norharnani biasanya ditemani oleh 2 orang PKA iaitu, En. Ali dan En Roslan. Meraka mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit bagi satu lokasi. Satu kolam, 3 checkpoint dan 1 sampel dari air mandian.
Kolam Renang Majlis Perbandaran Klang (MPK) pemantauan kualiti air kolam dilakukan sekali seminggu di semua kolam renang dalam daerah Klang.
Anuar sedang mengambil "checkpoint" untuk tujuan persampelan dan pemantauan.
tekun zamri mengunakan peralatan dalam permantauan kualiti air sambil di perhatikan oleh PPKP Norharnani.
No comments:
Post a Comment