Pada 20 dan 21 wakil dari pihak KSKB Sg Buloh telah mengadakan lawatan ke PLK Klang untuk membuat penilaian formatif. Wakil yang telah datang dari KSKB Sg. Buloh adalah Pn. Syikin Zakaria dan Pn. Intan Idura.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penilaian formatif, pemeriksaan diari harian, tugasan dan serta laporan pemeriksaan premis.
terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil KSKB Sg. Buloh kerana sudi datang ke PLK Klang.
Visi PLK Klang - "Ke Arah Sebuah Pusat Latihan Klinikal Yang Unggul" Misi PLK Klang - "Disiplin, Berilmu, Bersahsiah dan Berjati Diri serta mempunyai kekuatan dari segi fizikal, mental dan spiritual"
Friday, November 4, 2011
Kajian Kebersihan di Sungai Congkak
Kajian Kebersihan di Sungai Congkak dijalankan pada 26 September 2011. Saudara Matthew telah dilantik menjadi ketua projek dalam menjalankan dan menrancang kajian ini. Kajian ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan kami terpaksa bermalam menyewa pondok di kawasan berkenaan. Kajian ini juga di sertai oleh para pelatih PLK Hulu Langat.
Kajian bermula pada 26/09/2011 di mana kajian kawasan rekreasi di jalankan di Sungai Gabai. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di kawasan rekreasi. Selain itu, ujian INSITU air di ambil di kawasan rekreasi berkenaan,aspek-aspek lain yang turut diperhatikan ketika menjalankan ujian ini adalah mengesan sekiranya terdapat punca-punca pencemaran serta hazad yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut.

Pada 27/9/2011 jam 10.00pg iaitu pada hari kedua kami dibahagikan kepada tiga kumpulan ,kami menjalankan pemerhatian awal di sungai congkak ,tujuan kami menjalankan aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti kawasan persampelan dan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Kawasan yang terlibat bermula dari pintu gerbang Jabatan Hutan SG Congkak hingga ke pertembungan Sungai Langat. Semasa aktiviti dijalankan banyak punca-punca pencemaran yang dijumpai seperti kolam ikan keli ,kawasan pembinaan dan sebagainya. Selepas selesai melakukan tinjauan awal kami bersama-sama dengan mengadakan sedikit 'brainstorming' dan pebincangan tentang kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya penemaran.
Pada 28/9/2011 Seperti hari sebelumnya kami telah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan bagi menjalankan menjalankan aktiviti persampelan air mentah. Sampel air mentah ini diambil bagi ujian mikrob dan kimia, antara peralatan yang digunakan termasuklah:
-turbidi meter
-TDS meter
-DO meter
-sension meter
-pH meter
-whirl pack
-botol A,B, E1,E2 dan C
-Lovibond comparator
-Cool Box (Coleman)
Aktiviti ini selesai pada jam 3 petang dan kami terus bergerak ke Plk Klang
Wednesday, October 26, 2011
Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah
Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.
NONEPenemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.
Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.
“Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.
NONEAir yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.
Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
* SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
* SMK Alor Pasir, Tanah Merah
* SK Lata Rek, Kuala Krai
* SK Juara, Rompin
* SK Luat, Lenggong
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.
Sumber - malaysiakini/bm

Tuesday, September 13, 2011
Monday, September 12, 2011
Sunday, August 21, 2011
Jururawat dan bayi dalam kandungan maut
Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam.
Insp Mohd Nor Idham Ali Mat Nor, 27 dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah ibu suaminya di Taman Sri Kluang, Johor pada pukul 3.30 petang.
Hasrat Noor Edlina yang merupakan seorang jururawat di Hospital Kota Bharu untuk berbuka puasa dan bercuti bersama keluarga mentuanya itu bagaimanapun musnah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Nor Idham terbabas ketika tiba di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut terbabas ke bahagian kiri jalan akibat hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik.
Katanya kereta itu kemudiannya masuk kembali ke jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti akibat terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Beliau berkata kesan hentaman yang kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu masih dalam siasatan manakala mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Pekan awal pagi tadi," kata Yahaya kepada pemberita di Pekan.
Sementara itu, ibu mentua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata beliau tidak mengetahui tentang kepulangan anak dan menantunya itu kerana mereka mahu membuat kejutan kepadanya memandangkan panggilan telefon daripada Mohd Nor Idham beberapa hari lepas memaklumkan bahawa hanya beliau sahaja dapat bercuti bagi menyambut hari raya Aidilfitri.
"Saya meminta agar dia pulang bersama-sama isterinya pada hari mereka cuti bekerja dan tidak kisah jika mereka sampai ke kampung walaupun selepas hari raya pertama bagi mengelak mereka terburu-buru," katanya.
"Anak saya juga masih trauma atas pemergian isteri yang baru dinikahinya Febuari lalu dan bakal cahaya mata pertama yang masih berada dalam kandungan di depan matanya sendiri," katanya.
- Bernama
sumber - malaysiakini/bm

Saturday, August 20, 2011
Isuzu Fargo Wagon turbo spec
Terima kasih kepada jurulatih kami En. Bahram yang telah berusaha untuk mendapatkan kenderaan untuk memudahkan kami melakukan tugasan untuk kelapangan bersama dengan PPKP terlatih. dan juga berjutaan terima kasih kami ucapankan kepada pihak Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh kerana berusaha menyediakan kenderaan untuk kami. Kami amat bersyukur dengan apa yang pihak kolej sediakan untuk kami. semoga Allah merahmati orang-orang yang beriman.
Sebelum dicat
Selepas dicat
kenderaan kami dilengkapi dengan 8 kerusi yang soft, air cond, GPS, fresh air kadang2, bass speaker amat selesa untuk penjalanan yang jauh.. terima kasih KSKB..
Program Peraturan Keselamatan Makanan
Pada minggu kedua untuk semester ini, kami (pelatih) membantu Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang menganjurkan Program Peraturan Keselamatan Makanan yang berlangsung di Auditorium Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendidikan kesihatan kepada seluruh pengendali makanan sekitar daerah Klang tentang cara pengendalian yang betol untuk mengelakkan sebarang daripada risiko yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan sebagainya.
Kami dibahagikan 3 kumpulan iaitu:
Kumpulan A: Wang Ganu, Opie, Penang dan Abe Sham
ditugaskan sebagai AJK Makanan, dimana mereka perlu menyediakan dan menjaga makanan untuk peserta program ini serta menjadi protokol untuk program ini.
Kumpulan B: Mat Yie, Poogi dan Nuar
ditugaskan sebagai AJK Teknikal, dimana meraka perlu membuat tanda arah parking untuk perserta dan VIP, menyusun kerusi dan kerja-kerja teknikal yagn berkaitan.
Kumupulan C: Ajiji, Putera Mathew, Ucu, dan Zamer
Kumupulan C: Ajiji, Putera Mathew, Ucu, dan Zamer
ditugaskan sebagai AJK pendaftaran, dimana mereka membantu peserta untuk mengisi borang pendaftaran FOSIM (food system in Malaysia)
Photo-Photo Shoot semasa program ini.
alhadulillah program itu berjalan dengan lancar seperti yang dirancang oleh UKKM PKD Klang..
Saturday, August 13, 2011
Program di Pulau Ketam
Pada 14 Mac 2011 PLK Klang telah menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Pulau Ketam, antara yang mengiring kami ke program tersebut adalah PPKP U29 En. Hanif dan Pn. Harnani, Peyelaras kami tidak dapat mengikuti bersama kami kerana ada urusan yang hendak diselesaikan. Di Pulau Ketam kami menginap dikuarter Klinik Kesihatan Pulau Ketam. Di sana banyak perkara yang kami belajar. Antaranya, pemeriksaan sekolah, pemeriksaan pusat pelancongan, sistem tadahan air hujan (STAH) dan lain-lain. Disini saya adad meng"upload" gambar semasa program ke pulau ketam.
Terima kasih kepada En Hanif dan Pn Nani kerana sudi membawa kami ke Pulau Ketam dan tidak lupa juga kepada Saudara Anuar Pa'at selaku ketua projek.
taklimat yang disampaikan oleh penyelaras kami iaitu En. Mazlan sebelum kami bertolak ke Pulau Ketam.
Pn. Harnani mengangkat barang meletak di dalam van untuk ke Pulau Ketam
Kenderaan membawa kami untuk ke jeti Pulau Ketam
Semasa berada di jeti Pulau Ketam
Semasa di dalam feri untuk ke Pulau Ketam yang mengambil masa kira-kira 45minit dari jeti Port Klang
seorang pelatih mengalami pening kepala dan muntah-muntah akibat tidak biasa menaiki feri untuk pergi ke pulau
Pada sebelah petang, kami telah diberi tugasan untuk memeriksa pusat pelancongan, ini lah pemandangan luar pusat pelaongan tersebut.
pelatih-pelatih sedang menemuramah anak pengurus hotel tersebut
keadaan bilik di hotel tersebut, kelihatan sangat bersih dan kemas
ini adalah stor penyimpanan makanan yang tidak sesuai kerana ditempatkan dengan dapur dan kelihatan tidak teratur.
keadaan dapur dihotel tersebut
keadaan tempat penyimpanan makanan yang perlu disimpan secara teratur
keadaan peti ais di premis tersebut
Pada keesokkan hari, kami telah ditugaskan untuk membuat pemerikaan tadika di kawasan tersebut yang diiringi oleh PPKP U29 En. Hanif dan Pn. Harnani ketika membuat pemeriksaan tersebut.
pelatih sedang membuat pemeriksaan dan pemerhatian di ruang pembelajaran di tadika tersebut
pelatih menemu ramah pemilik tadika sambil diperhatikan oleh PPKP Unit KPAS
keadaan ruang pembelajaran ditadika tersebut kelihatan berada dalam keadaan bersih
selepas selesai membuat pemeriksaan tadika, kami ditugaskan untuk membuat pemeriksaan sekolah jenis kebangsaan hwa lien.
keadaan persekitaran luar sekolah
pintu masuk ke dewan sekolah tersebut
keadaan bilik darjah disekolah tersebut
pelatih sedang membuat pemerhatian di dalam bilik darjah tersebut
kelihatan seorang pekerja sedang membuat kerja pembersihan di kawasan luar bilik darjah
keadaan tandas disekolah tersebut
selepas itu kami diberi taklimat mengenai sistem tadahan air hujan (STAH) oleh PKA En. Ali
ini adalah tangki utama selepas menerima air hujan
3 orang pelatih PKA KKA Batu Rakit bersama dengan kami dalam talimat STAH
Terima kasih kepada En Hanif dan Pn Nani kerana sudi membawa kami ke Pulau Ketam dan tidak lupa juga kepada Saudara Anuar Pa'at selaku ketua projek.
Subscribe to:
Posts (Atom)